Review : Biore UV Face Milk
Produk pelindung matahari kegemaran saya, Bior� UV Face Milk.
Okay. Cetanya begini. Suatu ketika tu saya tengah aktif aktiviti luar dan lama-kelamaan saya dapati muka saya gelap. Walaupun saya dah sapu krim muka, masih nampak lagi perbezaan kulit yang terdedah dan yang terlindung matahari. Bila dah sedar kulit gelap, baru nak mencari sunscreen.
Saya tak suka pakai sunblock sebab lepas tu mesti rasa macam melekit atau ada bau yang kurang menyenangkan. Lebih-lebih lagi kalau sapu kat muka. No way. Tapi masa tu dah rasa desperate, nak tak nak kena pakai jugalah. Haha.
Cari punya cari kat Watson, rasa terpanggil nak mencuba produk Bior� UV Face Milk ni. Lagi lagi bila ada tulis SPF 50+. Long story short, saya amat berpuas hati dengan produk ini.
Apa yang best tentang sunscreen Bior� UV Face Milk?
- Matte and skin-shine free. Tak ada rasa melekit langsung after sapu di muka. Totally rasa macam tak pakai apa-apa. Jadi muka pun tak nampak berminyak ?
- Harga murah. Saya beli dalam RM20+ saja.
- Boleh pakai lama. Saya menggunakan face milk ni setiap hari sebelum saya pergi kerja. Tapi tak la guna banyak. Setitik dua saja setiap penjuru muka. (T area) Yalah. Walaupun kerja office, tapi terdedah matahari gak. Dah beli selama beberapa bulan tapi tak habis lagi guna.
- Boleh bawa travel. Saiz yang kecil memudahkan saya untuk simpan produk ni. Benda ni memang wajib saya akan bawa travel. Lagipun saiz tak sampai 100ml. Produk ini hanya bersaiz 30ml sahaja.
- Tak ada bau.
- Tak ada alahan selepas menggunakannya. Sebab ni la saya suka produk buatan Jepun kerana kebanyakkannya tak pernah mengecewakan.
P/S - Anyway, kalau pergi aktiviti luar yang banyak terdedah dengan matahari, dinasihatkan untuk menggunakan extra krim pelindung UV.
0 Response to "Review : Biore UV Face Milk"
Post a Comment