Adsterra

Jalan-Jalan ke Melaka dan Negeri Sembilan (Short Trip 2019) - Part 1 (Bandar Hilir)

Part 1 - Pusing-pusing area Melaka

Trip pada bulan Januari baru nak post hari ni (Februari). Mohon maaf sekarang ni selalu lambat update blog. 

Sebenarnya trip kali ni pergi ngan family. Tapi mereka semua dah jalan dulu (Mereka sempat ber shopping di KL). Saya datang lambat skit sebab tak nak amik cuti banyak. Jadi, cetanya saya fly sorang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Penerbangan pilihan saya adalah Air Asia sebab lebih murah dan menu makanan pun sedap. Makanan yang saya order adalah Teriyaki Chicken Rice. Booking online (pre-order) lebih murah dengan hanya RM10 sahaja (plus mineral water), berbanding kalau beli atas kapal harga naik sehingga RM15. Lepas tu, ada menu yang memang khas untuk pre-book sahaja dan tak ada jual dalam kapal.  

Teriyaki Chicken Rice

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Perjalanan dari KLIA2 ke Melaka mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami menyewa keta (amik keta Bezza automatik) dan semasa perjalanan, cuaca pun tak menentu. Sekejap panas... lepas tu hujan pula. Apa-apapun, alhamdulillah sampai juga ke destinasi. Oleh kerana perut pun dah lapar, kami singgah makan menu paling famos di Melaka iaitu asam pedas. Boleh pilih nak makan asam pedas di mana-mana kerana ada banyak pilihan. Kali ni kami makan di Restoran Asam Pedas Pokok Besar,

Makan ikan asam pedas bersama nasi putih memang best.

Asam pedas ikan jenahak

Asam pedas telur ikan
(Tapi masa bayar boleh tahan gak harganya). 
Empat orang makan claypot asam pedas... total RM80!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas sahaja makan, kami pun check-in hotel dulu. Hotel pilihan adalah Hotel Hallmark Crown sebab ada parking space + harga yang ditawarkan murah. Tahun 2019 juga merupakan Tahun Melawat Melaka, oleh itu banyak hotel-hotel yang full. Selain local people, saya tengok pelancong China dan mat salleh antara yang ramai melancong ke Melaka. 

Walaupun hotel ni nampak sedikit lama, actually facilities yang disediakan adalah baik. Yang penting tandas bersih dan dah di upgrade kepada modern design. Harga bilik semalam (termasuk tax) adalah RM94 (bilik sahaja). Air minuman boleh ambil kat luar bilik, ada disediakan water dispenser. Kalau tak nak... boleh beli di vending machine di Ground Level. Di setiap koridor ada disediakan taman mini untuk bersantai atau bawa anak-anak bermain. 



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Malam tu kami ke Jonker Night Street Market. Oleh kerana malas nak cari parking, jadi kami menggunakan perkhidmatan Grab sahaja. Apa yang best tentang pasar ni, banyak benda unik dijual di sini. Seronok jalan-jalan. Rata-rata yang berniaga adalah Chinese. Pelancong pun ramai ke sini. Kebetulan masa kami pergi ni ada acara perasmian dibuat. So area tu ada sesak skit la.


Kuih keria gula Melaka







-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Selepas dari Jonker Walk, kami singgah pula ke Pahlawan Walk. Peniaga di sini ramai orang Melayu. Sambil kami berjalan-jalan, sambil mencari snek yang menarik. Saya beli ketam goreng. Sebungkus dijual dengan harga RM10. Sedap.

Selesai sahaja pusing-pusing di night market, kami pun balik ke hotel. 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Keesokan harinya selepas breakfast, kami terus check-out hotel sebab lepas tu nak ke Negeri Sembilan pula. Kalau ke Melaka memang takkan lepaskan peluang untuk ke Bandar Hilir. Tempat ni adalah tumpuan pelancong dan sekitarnya cantik sekali. Boleh tengok kota A Famosa dan masuk ke muzium-muzium yang terdapat di sini. 









-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Berdekatan dengan Kota A Famosa ada Kubur Belanda. 
Dan yang paling best, kat sini ada banyak kucing. ^^




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Selepas tu, kami singgah ke Pantai Klebang. Yalah. Air jagung Klebang pun famos sampai ke Sabah. Terus rasa nak pergi ke Pantai Klebang pula. Pantai di sini cantik. Dan yang penting ada gerai-gerai kat tepi tu. Boleh singgah membeli.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dalam perjalanan ke Negeri Sembilan, singgah sebentar membeli kudapan di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Kuih keria gula melaka yang ni memang terbaik. Memang sedap dan bukan tepung semata-mata. Nyesal beli skit. Kalau tau sedap macam ni boleh beli dua bungkus. 


Part 2 akan ceta pasal jalan-jalan di Negeri Sembilan pula. 

0 Response to "Jalan-Jalan ke Melaka dan Negeri Sembilan (Short Trip 2019) - Part 1 (Bandar Hilir)"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel