Adsterra

Review : One Avenue Hotel, Sandakan

Bulan Januari tu kebetulan pergi Sandakan sebab ada jemputan kahwin. Member lain dah gerak awal ikut jalan darat. Oleh kerana saya tak amik cuti waktu tu (kerja), jadi saya untuk naik kapal terbang saja. Lagipun tiket ke Sandakan dari KK tak mahal. Harga dalam RM50 - RM60. 

Saya memilih penerbangan Air Asia. Kalau naik kapal terbang ke Sandakan tak lama. Just 50 minit sahaja. 

-
-
-
-
-
-
-

Kali ni kami memilih untuk menginap di One Avenue Hotel yang terletak di Bandar Indah. Saya booking melalui Agoda.com. Harga bilik semalam hanya RM80+ dan sangat berbaloi.

On the way ke bilik


-
-
-
-
-
-

Keadaan bilik. Kemas dan mempunyai ruang yang luas. Katil yang selesa. 


Tandas juga besar dan bersih. Ada disediakan tuala, amenities dan yang penting ada air panas.


Bilik ini juga mempunyai aircond. Selesa untuk tidur


Pemandangan di luar bilik. Ada kawasan letak kereta dan ada banyak hotel-hotel lain berdekatan di sini.


Summary :

Pros - Bilik yang selesa dan ruang yang luas. Rekaan juga modern and simple. Mempunyai tandas yang bersih dan disediakan keperluan seperti sabun, shampoo etc. Channel TV juga pelbagai dan tak bosan kalau nak tengok. Ada kawasan letak kereta (awam). Kawasan sekeliling ada kedai-kedai makan dan kedai serbaneka.

Cons - Tiada lif. Kawasan parking kadang-kadang penuh terutama di waktu malam. Jadi kena parking jauh skit la masa tu. Kawasan Bandar Indah ni juga jauh skit dari bandar utama Sandakan. Kalau yang ada keta sendiri tu okay la.

Apa-apapun, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan One Avenue Hotel. Pasti akan menginap di sini lagi. 

0 Response to "Review : One Avenue Hotel, Sandakan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel