Adsterra

Jalan-Jalan di Kuromon Market, Nippombashi, Jepun

Sekiranya anda datang ke Osaka.... antara tempat yang mesti-pergi adalah Kuromon Market. Pasar ini terletak di Nippombashi... tak jauh dari Namba. Waktu terbaik untuk pergi ke market ini adalah waktu pagi. Pelbagai makanan laut, sayur-sayuran, daging, teh dan souvenirs di jual di sini. Pasar ni boleh jadi agak crowded sebab ianya merupakan tumpuan pelancong. Antara pelancong paling ramai yang kita boleh jumpa di sini ialah pelancong China. 

Hari ke-5 kami berada di Jepun. Oleh kerana flight pada waktu malam, maka waktu siang tu kiranya ada masa lagi. Jadi kami pun pergi la ke Kuromon Market sambil mencari nak cari makan. Hotel tempat kami menginap ialah WBF Namba Kuromon. Pasar ni terletak berhadapan dengan hotel sahaja. Pasar di Jepun memang bersih. Nak makan pun tak rasa was-was. 

By the way, nak cari restoran yang ada tanda "halal" memang susah skit. Jadi kami cari makanan seafood. 
Kuromon Market

Pakaian-pakaian juga ada dijual di sini.

Pasar ni kira panjang juga la. Yang ni bahagian hujung. Tak berapa ramai orang.

Antara produk yang dijual di sini semestinya seafood.

Rambang mata tengok


Sepit Red King Crab berharga �1200 (lebih kurang RM40+). Selain itu, ada lobstrer dan tiram juga.

Isi ikan salmon, telur salmon dan lain-lain



Selain itu, sayur-sayuran segar juga ada dijual di pasar ni.

Ni la antara mesin yang selalu kita nampak di Jepun. Actually hadiah dalam "telur" pun menarik. 

Kalau nak makan seafood, boleh ke Kuromon Market. 



Kami juga tak lepaskan peluang unttuk cuba makanan di sini. Isi kerang, takoyaki dan tiram goreng.

Makan panas-panas. Nak take away pun boleh. Nak makan sini pun boleh. Memandangkan orang Jepun semuanya kecil, jadi tempat makan pun agak sempit juga la. Kena pandai adjust badan skit.

Tiram goreng makan bersama mayonis.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cerita selingan.

Lepas dari Kuromon Market, kami pun berjalan-jalan di kawasan Den Den Town sebab tempat ni tak jauh dari pasar Kuromon. Kebanyakan hotel di Osaka semuanya check-out pada jam 11AM. Dekat jam 11AM tu kami pun keluar dari hotel dan meneruskan perjalanan ke tempat lain.



Kami nak ke Rinku Town. Kami menaiki Nankai Limited Express Rapi:t (train ke airport). Tempat paling popular untuk pelancong sebelum balik ke negara masing-masing ialah Rinku Premium Outlet. Outlet ni terletak satu stesen sebelum Kansai International Airport. 


Line untuk Nankai Rapi:t



Tiket kena simpan. Kot-kot ada staff yang akan check tiket semasa dalam perjalanan nanti.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sampai di Rinku Town.



Bagi mengelakkan sengsara membawa luggage, boleh simpan di semua beg tersebut di coin locker ni. Tapi oleh kerana luggage kami hanya bersaiz cabin (dan ringan pula tu), maka kami bawa saja la. Boleh jimat sedikit wang.

Ingat nak naik benda alah ni. Tapi kelmarin masa di Kobe pun dah enjoy Ferris Wheel. Jadi tak jadi naik la.

On the way ke Rinku Premium Outlet. Boleh jalan kaki dari stesen Rinku terus ke outlet ni. 




Antara kedai yang terdapat di Rinku Premium Outlet. Ramai pelancong China membeli belah kat sini. Kaya siot orang China ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas cuci mata di Rinku Premium Outlet, kami kembali ke stesen MRT nak ke aiport. Setibanya di Kansai International Airport, kami cari makan terlebih dahulu. Di Kansai airport terdapat beberapa restoran halal. 
Kari Ayam style Jepun. Macam rasa kari ayam Adabi pula yang ni.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
Antara restoran halal yang ada di Kansai airport.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Memandangkan saya pengumpul tumbler Starbucks, oleh itu saya tak lepaskan peluang membelinya. Oleh kerana dah nak musim Sakura pada waktu ni, jadi Sakura edition tu memang dah start la berjual.



Saya suka Kobe. Jadi saya beli la Starbucks yang ada tulis Kobe.




Design lain pun ada juga. Kebanyakan thumbler ni Made in China atau Made in Malaysia. Hrmmmm... tapi memang tak ada la jual kat Malaysia yang design macam ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sambil menunggu kaunter drop baggage buka, sambil duduk minum di Starbucks. Love this hot cream matcha. Tak rasa muak bila minum.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini pun mesti kena beli juga. Coca Cola Peach dengan karbonat yang luar biasa. Sedap gila Cola Jepun. Lebih gas. 



Duit syiling ada banyak lagi. Boleh main mesin ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Untuk penerbangan antarabangsa perlu melalui shuttle station ini.


Okay. Tengah tunggu penerbangan. Jauh lagi perjalanan. Ni la kalau tinggal di Sabah. Lepas Kansai - KL.... lepas ni kena naik satu penerbangan lagi. KL - BKI

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sampai di KLIA2 pada jam 4.00AM. Oleh kerana penerbangan ke Sabah adalah waktu tengah hari, ingat nak restkan badan dulu di Tune Hotel (by hours). Actually waktu check-in hotel ni adalah jam 7AM, tapi staf yang jaga bahagian kaunter bagi kami check in awal. Terima kasih!

Ada beberapa hotel yang boleh check-in by hours. Antara banyak-banyak hotel, Tune Hotel adalah yang termurah. Yang penting boleh mandi dan rest sebentar. 








-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Okay. Time untuk balik Sabah. See you again Japan!

0 Response to "Jalan-Jalan di Kuromon Market, Nippombashi, Jepun"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel