Adsterra

Jalan-Jalan ke Hyogo (Kobe), Jepun - Part 3

Hari ke-4 berada di Jepun. Destinasi... Hyogo.

Perjalanan pulang balik sahaja.

Antara ketiga-tiga wilayah yang saya pergi iaitu Osaka, Kyoto dan Hyogo... saya paling suka di Hyogo, particularly Kobe kerana tempat ni paling tenang dan tak ramai. Kobe juga berdekatan dengan harbour. Route pun senang nak baca.

Okay. Kalau nak ke Kobe, boleh dapatkan train dari Osaka Station, Shin-Osaka (kalau nak naik Shinkansen) atau terus direct dari Namba Station. Tapi saya memilih untuk ke Osaka Station terlebih dahulu sebab masa tu tak tau ada train ke Kobe from Namba. Wawawawaa..... Okay. Ada beberapa lines terus ke Kobe kalau dari Osaka Station. Pilih saja nak naik train mana satu. For more info boleh klik link ini. Kami menaiki Special Rapid Service (JR Kobe Line) unreserved seat dengan harga tiket �410. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit sahaja.


Free seating. Orang pun tak ramai masa ni.

Pemandangan masa perjalanan ke Kobe.

Sampai sahaja di Kobe Station, tempat pertama yang kami pergi adalah Merikan Park. Tapi sebelum tu...

Makan dulu di McDonald. Menu favorite saya ialah ebi fillet (burger udang). Yalah. Nak makan yang lain-lain pun tak dapat. Jadi pilihan tu terhad la. Hehehe.

Okay. Perjalanan dari Kobe Station ke Merikan Park mengambil masa selama 20 minit sahaja dengan berjalan kaki. Tapi seriously tak rasa jauh sebab banyak kawasan yang cantik. Sebenarnya ada stesen yang lebih dekat dengan Merikan Park tapi oleh kerana ni 1st time datang ke sini, jadi cari stesen pun asal ada nama "Kobe". Jauh perjalanan luas pemandangan 

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Sebelum ke Merikan park, kami akan lalu di Kobe Harborland dulu. Sepanjang perjalanan boleh nampak patung-patung comel ni.




Cuaca pada waktu ni lebih kurang 6�C.

Salah satu shopping complex di Kobe.

Manhole unik!. Kalau pergi ke Jepun jangan lupa snap gambar manhole. Macam-macam corak menarik ada.


Statue Elvis Presley di Kobe. Lokasi asal statue ini pada mulanya terletak di Harajuku (since tahun 1987), lepas tu kena pindah ke sini pada tahun 2009. FYI - Kobe dikenali sebagai birthplace of Jazz di Jepun.


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Dah nak sampai ke Kobe Harborland.
Antara yang menarik perhatian saya adalah Ferris Wheel. Tak lepaskan peluang untuk naik. Tiket fee tak ingat actual price tapi dalam RM20 macam tu la. Dari ferris wheel ni boleh tengok bandar Kobe dan harbour.  


Dalam Ferris Wheel ni siap ada lagu dan explanation lagi. Tapi penjelasan adalah dalam bahasa Jepun.

Waktu kami berada di Kobe, keadaan hujan renyai. Tapi masih okay lagi kalau nak berjalan-jalan. Cuaca makin sejuk. Rasanya dah 4�C kot waktu ni.

Orang-orang kat bawah semuanya dah nampak kecil.


Lepas tu kami bersiar-siar di sekitar harbour. Boleh nampak kapal selam, rumah api, kapal laut dan macam-macam lagi.
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Sekiranya pergi ke Kobe, tak sah kalau tak amik gambar Kobe Port.




Kobe Port terletak berdekatan dengan Merikan Park. Sebelahnya ada stesen radio Kiss FM.


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Kon yang diletakkan di tepi jalan sekiranya ada area yang nak di repair. Comel kan?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Di Merikan Park ada bangunan Starbucks yang unik. Sebelah kanan bangunan Starbucks (macam jari sotong tu) pula namanya Bell of Hortensia. 

Emigrants Memorial Statue



Burung merpati tengah kesejukan. Berteduh belakang penghadang sebab angin waktu ni memang boleh menjadikan kulit kita cepat kering.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Jepun pernah dilanda gempa bumi pada tahun 1995 yang berskala 7.3. Kejadian ini dikenali sebagai Great Hanshin-Awaji Earthquake dan ini adalah antara kesan tinggalannya. Hyogo merupakan wilayah paling teruk dilanda gempa dan keseluruhan gempa bumi ini telah meragut seramai 6,400 nyawa. 






?
?
?
?
?
?
?
?
?
?



?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Destinasi seterusnya nak pergi tengok patung robot Tetsujin 28. Patung ini berketinggian 59 kaki dan terletak di Wakamatsu Park. Ia dibina sempena memperingati gempa bumi The Great Hanshin-Awaji Earthquake (ulang tahun ke-15 pada waktu itu). Tetsujin adalah karakter anima Misuteru Yokohama 1956. 

Sambil berjalan sambil amik gambar.

Kalau nak tengok patung Tetsujin 28, boleh berhenti di stesen MRT Shin-Nagata.

Yes! Akhirnya sampai juga ke sini.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Lepas tu kami singgah ke kedai berhampiran sana. Unutk mengisi perut, kami pun pergi mencari snek di Mister Donut. Saya makan donut Pon-de-Ring Sakura. Tekstur yang lembut dan rasa manis.


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Bagi melengkapkan tour Kobe kami pada hari tu, kami ke Maiko Park. Nak ke Akashi Kaikyo Bridge.
Tengah tunggu MRT

Taaadaaa! Dah sampai.



Kami juga tak melepaskan peluang masuk ke Maiko Marine Promenade untuk melihat pemandangan laut dari atas jambatan. Fee untuk adult �250 (weekdays) dan �300 (weekends).

Skywalk di Maiko Marine Promenade.




?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Selain itu, ada banyak tempat lain yang menarik di Maiko Park.
Dr. Sun Yat Seen memorial hall.

"Dream Lens" sculpture

Pine Forest. Untuk maklumat lanjut mengenai kawasan di Maiko Park, boleh klik di link ini.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Sebelum menutup tirai tour Kobe, kami singgah di Kobe-Sanda Premium Outlet pula.



 





Actually shopping di Kobe-Sanda Premium Outlet sangat berbaloi. Dan harga di sini lebih murah berbanding di Rinku Premium Outlet. Kasut Adidas boleh dapat harga RM130. Kasut Nike boleh dapat RM109. Apa lagi. Angkut la kedua-duanya sekali.

Best shopping sini sebab tak ramai orang ?? Antara brands yang ada dijual di sini ialah Coach, Nike, Adidas, Casio G-Shock etc. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Kobe-Sanda Premium Outlet.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Kembali ke Namba. Perut pun dah lapar. Nak cari makan dulu.


Oleh kerana esok dah nak balik Malaysia, malam tu nak cuba rasa makan wagyu beef. Wagyu beef adalah breed lembu di Jepun yang mempunyai daging berkualiti dan dijaga rapi. Rasanya juga unik dan tak rasa seperti daging biasa. Oleh itu price pun ada sedikit mahal jugalah.

Restoran wagyu beef halal di Namba.

Hafiz makan wagyu kari. 

Saya pilih Wagyu Katsu. 

Daging wagyu sangat sedap. ? Lembut, berjus dan rasanya memang lain dari rasa daging biasa. Harga untuk satu set hidangan ni lebih kurang RM90+. 

Halal certification untuk restoran ni.

Kebanyakan pelanggan restoran ni terdiri daripada orang Malaysia, Indonesia dan China. 

Minggu berikutnya adalah Sumo Grand Tournament di Osaka. Tak sempat la nak tengok. FYI - Harga tiket tengok sumo lebih kurang RM600.

Apa yang best di Jepun, kebanyakan restoran akan mempamerkan menu hidangan mereka di luar restoran. Bukan makanan sebenar tapi semua yang dipamerkan ni represent cara menu dihidangkan.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Balik ke hotel kena kemas barang lagi sebab esoknya dah nak check-out. Nasib baik saya jenis yang tak bawa barang banyak dan bukan jenis shopping punya orang. Jadi nak mengemas pun tak ada masalah sangat. 

Di Jepun banyak benda yang cute. Termasuklah air Evian ni yang sebesar powerbank sahaja.


Kalau rajin... saya buat story Part 4.

0 Response to "Jalan-Jalan ke Hyogo (Kobe), Jepun - Part 3"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel