Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 3
Hari ketiga kami berada di Taipei. Hari ni kami ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. Thanks Klook kerana membuatkan perjalanan kami begitu smooth dan selesa.
Untuk memudahkan perjalanan, boleh booking shuttle bus daripada aplikasi Klook. Ada beberapa shuttle bus available, start dari jam 0800AM, 0830AM dan 0900AM. Shuttle bus ni siap ada tour guide dan akan bawa ke tempat pelancongan yang menarik. Kami pilih untuk ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen. FYI - Ada juga shuttle yang pergi ke Keelung dan beberapa tempat lain lagi.
Photo credit Asfie
Tempat berkumpul shuttle bus adalah di Ximen, bersebelahan dengan kedai tart nanas Vigor Kobo. Oleh kerana shuttle bus kami jam 0830AM dan masa ni baru jam 0800AM, sempat jugalah kami ambil gambar bersama pemandangan Ximen.
Cara booking shuttle via Klook ni senang sahaja. Install aplikasi Klook, booking through online dan pada hari kejadian, berjumpalah di meeting point. Ada tour guide yang akan menunggu di sana. Yang paling best, semua tour guide shuttle bus ni sangat ceria and very helpful. Gambar kami sedang menunggu giliran bas sampai.
Thanks Klook! Perjalanan kami begitu selesa sekali
Ada jenis bus yang besar (40 seats) atau jenis coaster (27 seats). Kami memilih coaster kerana lebih selesa dan tak amai orang berbanding 40 seats. Harga shuttle bus kami ialah RM98 seorang. Tour start dari jam 0830AM sehingga 0500PM... cover tiga tempat utama dan tiga tempat sampingan.
Juga disediakan mineral water percuma + free Wi-Fi di dalam bas. Bas juga mempunyai penghawa dingin. Tiket masuk ke tempat pelancongan dan tempahan sky lantern juga akan diuruskan guide (Sekiranya kita tak urus lagi).
-
-
-
-
-
Destinasi pertama kami adalah Yehliu Geopark. Ini adalah antara tempat yang masuk dalam wishlist saya. Sampai juga akhirnya! Yehliu Geopark tebahagi kepada tiga bahagian, biasanya pelancong hanya akan pergi ke Area 1 dan 2 sahaja kerana Area 3 terletak jauh dari main entrance. Operation hour ialah 0800AM - 0500PM dan buka pada setiap hari.
Yehliu Geopark terkenal dengan batu-batu yang unik yang terjadi akibat hakisan semulajadi. Antara batu-batu yang popular dan sering menjadi tumpuan pelancong ialah The Queen's Head, Cute Princess, Fairy's Shoe, Pineapple Bun etc. Semua batu-batu ni adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, ditendang, dipijak etc. Hanya boleh tengok saja. Tempat ni juga dikawal rapi oleh security (yang akan tegur anda sekiranya tak mematuhi arahan).
Okay. Waktu ni sangat panas... untuk persediaan awal, pakailah sunblock atau bawa payung.
Mushroom Rock
Ginger Rock
Batu The Queen's Head. Orang nak bergambar dengan batu ni pun kena juga berbaris panjang. Saya malas nak beratur panjang dan pergi ambil gambar dari sisi lain sajalah.
The Queen's Head yang berumur 9000 tahun. Perbezaan "leher" batu ni yang begitu ketara (dulu masih tebal, sekarang dah makin nipis akibat hakisan semulajadi). Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan struktur batu ini tapi tidak berjaya. Suatu hari nanti, The Queen's Head akan hilang dari muka bumi ini. Option kedua menggantikan The Queen's Head ialah Cute Princess (yang berusia 800 tahun).
Honeycomb Rock
Elephant Rock
Fairy Shoe
Tugu seorang (hero) Lin Tian Zhen yang terkorban semasa menyelamatkan seorang pelajar yang lemas di sini.
Kami diberi masa satu jam untuk melawat Yehliu Geopark. Cukup untuk pergi ke Area 1 dan 2.
Batu-batu di sini ada yang lebih kurang sama macam di pantai Tanjung Kubong, Labuan. Terus rasa rindu kat kampung halaman.
Oleh kerana cuaca sangat panas dan ramai sangat orang, jadi kami pun blah dari sini dan pergi mencari penghilang kering tekak.
Akhirnya membeli air cincau di gerai berhadapan dengan pintu masuk Yehliu. Sedapnya minum masa hari panas.
-
-
-
-
-
Kami pun meneruskan perjalanan ke Jiufen (bandar perlombongan emas). Tapi sebelum sampai ke destinasi... kami singgah untuk melihat keunikan Yin Yang Sea yang terletak berdekatan coastal road. Lihat sahaja warna laut yang berbeza iaitu biru dan kuning. Menurut kajian, keadaan ini tejadi disebabkan ion besi yang tidak larut, jadi dinasihatkan untuk tidak turun ke dalam air tersebut.
Sayangnya gambar kami blur!
Di atas tu adalah 13-Layer Remains. Tinggalan tempat perlombongan emas dan tembaga. Menurut sejarah, pada zaman dahulu Jiufen terkenal sebagai bandar perlombongan emas. Semasa Perang Dunia ke-II, Taiwan jatuh dibawah pemerintahan Jepun. Dan akhirnya semua emas itu habis kena curi oleh Jepun. Bandar ni makin lama makin terbiar dan kini dah jadi ghost town.
Destinasi seterusnya ialah ke Jiufen Old Street.
Tapi sebelum tu wajib singgah ke Golden Waterfall terlebih dahulu
Golden Waterfall. Dipercayai air terjun ni mempunyai air yang berkualiti tinggi dan rasa yang lebih nyaman berbanding air biasa.
Keelung mountain
-
-
-
-
-
-
Okay. Dah sampai di Jiufen Old Street. Dalam ni ada jual pelbagai barangan such as tea, souvenir, dried seafood,buah-buahan etc. Oleh kerana tak ada makanan halal kat sini, so kami cari makanan ringan such as fruits macam tu sajalah. Jangan lupa bawa snek dari hotel siap-siap.
Okay. Taiwan terkenal dengan bubble tea. Jadi kami pun try la bubble tea kat Jiufen ni. Untuk memastikan bahan-bahannya, tanya dulu kat seller tu ingredient milky tea ni... terutamanya guna susu apa.
Roasted tea milky tea. Memang sedap.
Photo credit Asfie
Pemandangan Jiufen yang cantik
-
-
-
-
-
-
Lepas dari Jiufen, kami ke destinasi seterusnya iaitu Shifen. Tak sabar nak jejakkan kaki ke Shifen Old Street sebab nak tengok orang terbangkan sky lantern. Tapi sebelum tu wajib ke Shifen waterfall terlebih dahulu.
-
-
-
-
-
-
Shifen waterfall. Tak ada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Nikmati pemandangan air terjun persis Niagara Fall ini. Memang cantik.
Ni pemandangan dari atas waterfall. Air yang mengalir di sini ialah sumber dari Keelung River.
-
-
-
-
-
-
Okay. Shifen Old Street! Tak sabar nak terbangkan lantern. ;-)
Setiap warna pada lantern tu ada maksud tersendiri. Contohnya warna kuning maksudnya duit dan kekayaan... warna merah tu cinta dan macam-macam warna lagi la. Harga per lantern ialah NT$150 (single color) dan NT$230 untuk multiple color. Oleh kerana tour guide kami yang sangat baik hati boleh arrange pembelian lantern, maka kami minta arrange sahajalah. Plus dapat diskaun sebanyak NT$10. So kami bayar NT$140 sahajalah. Nak beli sendiri pun boleh kerana kebanyakan kedai kat sana memang jual lantern punya la.
Sesi melukis lantern. Actually kalau ikutkan, kena tulis apa wish kita di lantern ni. Tapi kami dah buat benda lain sebab terlalu excited. Hahaha
Setiap muka melambangkan setiap sorang di antara kami. Haha
Kalau Sabahan tu tetap Sabahan punyalah.
Photo credit Asfie
Okay. Nanti sebelum nak lepaskan lantern, akan ada sorang staff dari kedai (tempat kita beli lantern) akan bawa kita ke kawasan lapang. Dia yang akan tolong nyalakan api, tolong amik gambar dan amik video untuk kita. So kita tak perlu susah payah, just posing sahaja.
Akhirnya dah lepaskan lantern Boleh Bah Kalau Kau. Bye lantern! FYI - Lantern kami antara yang terbang paling tinggi tau!
Orang lain punya banyak lepaskan lantern juga. Memang tarikan utama di Shifen Old Street adalah lantern.
Jangan lupa beli souvenir kat sini. Satu mini lantern ni berharga NT$50. Saya pun ada beli juga untuk simpan kat office.
Saya suka Shifen Old Street kerana kurang crowded berbanding Jiufen Old Street. Lepas tu view lantern tu sangat menarik. Antara tarikan kat sini.
Okay. Shifen adalah destinasi terakhir kami sebelum balik ke Ximen. Thank you so much to our tour guide yang sangat cheerful dan veryyyyy nice, Mr. Norman. Hope to see you again (manatau nak ke Taiwan lagi).
Kami sangat bersyukur sebab lepas sahaja tamat sesi tour kami, terus hujan lebat. I mean.... sebelum tu tak hujan langsung. Nak berjalan-jalan pun senang. Praise to Allah s.w.t
-
-
-
-
-
-
Turun sahaja kami dari shuttle bus, terus rasa macam back to reality. Oleh kerana hari tu adalah hari terakhir kami untuk berjalan-jalan, tak sah kalau tak pergi ke Taipei 101, mercu tanda Taipei. Masa ni hujan renyai di Taipei. Sambil berjalan sambil nak cari tempat makan halal.
Jalan punya jalan, dah hujan lebat. Nasib baik kami ada bawa baju hujan. (Memang dah prepare awal-awal sebab tengok forecast, cuaca di Taipei berubah-ubah. Kejap hujan, kejap cerah.
Rain coat saya ni sangat la berjasa. Ni saya beli masa kat Legoland Johor dulu. Ntah dah ke mana-mana... sampailah ke Taiwan saya bawa. Gambar ni thanks to akak Taiwan yang sangat baik hati tolong amik gambar untuk kami. Actually orang-orang Taiwan ramai yang baik-baik. Saya perasan sepanjang saya di Taiwan, dah berapa orang offer tolong amik gambar untuk kami. And... kalau kita bertanya kat mereka, mereka akan cuba tolong kita (tak marah-marah dan sentiasa dengan senyuman).
-
-
-
-
-
-
Lepas sahaja dari Taipei 101, kami pun pergi mencari makanan halal. Ada satu restoran halal (tak jauh sangat dari Grand Hyatt Taipei), menghidangkan masakan India. Nama restoran tu Khana Khazana. Oleh kerana dah beberapa hari tak merasa nasi, rasa tekak ni macam nak sangat makan nasi. Hahaha.
By the way, orang Taiwan sangat suka makan pedas.
Nasi briyani dengan chicken tikka. Minta pedas mild tapi memang agak pedasss juga la. Dah la saya ni tak tahan pedas. Tapi lapar punya pasal, habis juga nasi.
-
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke hostel, kami sempat mengabadikan kenangan bersama Taipei 101 (bergambar dari atas jejantas okaayyy).
Photo credit Asfie
Lepas ni akan rindu Taiwan la nampaknya sebab esok dah nak balik. Thanks Taiwan. Trip kali ni memang bestt!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya, kami pun meninggalkan tempat penginapan kami iaitu Backpackers Hostel. Oleh kerana flight kami jam 0955AM, maka kami kena keluar awal la. Kalau rasa ngantuk nanti dalam kapal terbang boleh tidur sebab flight pun 3 hour plus juga.
Okay. End of trip! See you again next time, TAIWAN!!!
Overall, Taiwan memang best. Boleh appeal balik lepas ni.
0 Response to "Jalan-Jalan ke Taipei, Taiwan - Part 3"
Post a Comment