Adsterra

Cara Elak atau Rawat Bibir Kering dengan Mudah

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat mengerjakan ibadah puasa.

Saya nak share cara saya mengelakkan bibir kering. Terutama di bulan Ramadan yang mulia ini... kadang-kadang nampak sangat bibir kita kering. Kalau dah chapped lips... lagilah rasa tak best. Antara sebab terjadinya bibir kering kerana kurang air dalam badan, alahan dengan produk atau keadaan cuaca extreme.

Bagaimana tips untuk elak atau merawat bibir kering dengan cara paling mudah?

Sapu lip balm.
Yang ni wajib ada dalam beg saya. Lip balm. Jenama favorite saya ialah Sebamed dan untuk yang color lip balm pula adalah Nivea. Lip balm ni boleh digunakan pada bila-bila masa. Waktu kerja... waktu nak tidur pun boleh. Memang immediate effect. Actually lip balm Sebamed ni multipurpose. Selain bibir, boleh juga disapukan di mana-mana bahagian muka yang kering. Contohnya di tepi bibir, hidung atau pipi. Sebab tu saya suka lip balm yang ni.

Ada orang yang bila sapu lipstick, bibir jadi kering. Antara tips untuk elakkan bibir kering akibat lipstick, boleh sapu lip balm ni dulu barulah sapu lipstick.
-
-
-
-
-
-


Atau... cara lain adalah... gunakan lip balm yang ada color. Kalau nak bibir nampak lebih menarik, boleh gunakan lip balm seperti ini. This one saya guna sewaktu pergi kerja. Tak perlu guna lipstick dah. Nak sapu pun senang. Ada banyak jenama lip balm dan terpulang kepada anda nak pilih mana satu.

Apabila kurang air dalam badan juga boleh menyebabkan bibir kering. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kalau yang kerja pejabat hari-hari menghadap komputer, bolehlah bawa thumbler.


Source UPM / MOH

Semoga bermanfaat.

0 Response to "Cara Elak atau Rawat Bibir Kering dengan Mudah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel