Review : Kerepek Vinamit
Masa saya ke Taiwan baru-baru ni, saya sempat merasa kerepek sayur bendi dan kerepek buah-buahan. Local produk dan halal. Memang sedap. Cam mana nak cakap ya. Tekstur kerepek tu rangup, tapi pada masa yang sama masih ada rasa originalnya lagi. Contoh, kerepek bendi tu bila kita makan, masih rasa macam makan sayur biasa tapi dalam keadaan rangup. Maksudnya tak la rasa macam makan kerepek semata-mata.
Bila dah balik Malaysia, rasa nyesal pula tak beli lebih. Members yang lain pun macam tu juga. Lastly pergi mencari kerepek dalam online.
Cari punya cari, ada pula jual kat Lazada. Kerepek jenama Vinamit (Thanks seller!) Walaupun bukan produk yang sama dari Taiwan, tak apa la. Asal konsep makanan sama. Apa lagi, kami pun pergilah memborong.
Kerepek Vinamit ni ada banyak jenis. Jackfruit, taro, pisang, sweet potato etc. Saya cuba yang mix chips dan taro. Bila makan, teringat balik kerepek yang saya makan di Taiwan. Sedapnya la. Saya harap Vinamit boleh keluarkan kerepek sayur bendi pula lepas ni sebab tu la yang paling saya tercari-cari.
Apa yang best pasal jenama Vinamit ni, produk ni halal. Lepas tu packaging dia memang berkualiti. Siap ada zipper lagi. Rasanya tentulah enak. Bila makan yang mix chips tu, saya rasa kerepek pisang antara yang sedap. Rasa dia tak macam kerepek pisang biasa tu. Seperti yang saya kata tadi, rasa pisang asli tu masih ada cuma dalam keadaan rangup. Nak tau sebab apa? Sebab kalau kerepek pisang yang selalu kita makan tu kan kita goreng. Tapi yang produk begini biasanya mereka akan keringkan sahaja. Tu yang still ada rasa original lagi tu.
Antara kerepek yang kami dah order.
Yang ni ubi manis
Kerepek nangka.
Harga dijual mengikut saiz. Yang taro tu saya beli RM13.50 (250g). Kerepek paket kecil ada yang harga RM7.50 (100g) dan RM10.00 (150g). Kalau nak beli... boleh pergi Lazada, seller Just Viet.
0 Response to "Review : Kerepek Vinamit"
Post a Comment