Aktiviti di Hujung Minggu - Easy Hiking
Waktu hujung minggu adalah paling berharga kerana tu sajalah masanya saya cuti. Tu pun kalau tak ada apa-apa kerahan pada waktu tu. InShaaAllah.
Selain bersihkan rumah, bertanam atau main game... kalau mood rajin hiking datang, saya akan pergi hiking. Tempat kegemaran setakat ni ialah Bukit Botak. Easy hiking saja sambil tengok pemandangan. Tak sampai lagi tahap berlari sambil naik turun bukit.
Saya suka pemandangan di Bukit Botak sebab cantik. Dengan rumputnya yang hijau, lepas tu nampak Gunung Kinabalu dan di sebelah sisi pula nampak laut. Tiap Sabtu atau Ahad memamg ramai yang datang ke Bukit Botak untuk hiking. Tak kira dewasa, remaja atau kanak-kanak... semua ada. Sekarang ni trail kat sini dah okay skit. Dah ada papan tanda kilometer dan tali untuk naik. Dulu tak ada.
0 Response to "Aktiviti di Hujung Minggu - Easy Hiking"
Post a Comment