Adsterra

Tengok Bunga Rafflesia di Poring, Ranau

Tercapai dah hasrat saya untuk melihat bunga Rafflesia! 

Tempat paling famous kalau nak pergi tengok ialah di Poring. Biasanya kalau Rafflesia tengah blooming... ada signboard atau banner diletakkan di tepi jalan. Jadi pengunjung boleh singgah ke kawasan tu. 

Sebelum kami tengok bunga Rafflesia, singgah dulu makan tengah hari di Kundasang. Restoran pilihan ialah Puteri Nabalu. Memang sedap makanan di sini. Tempat saya bergambar ni adalah kawasan balkoni restoran Puteri Nabalu. Pemandangan yang cantik boleh dilihat dari sini.

-
-
-
-
-

Ni adalah tempat Rafflesia yang saya pergi tengok. Adenna Rafflesia Garden yang teletak tak jauh dari kolam air panas Poring. Jika ada Rafflesia tengah blooming... memang akan digantung banner ini. Maknanya tak selalu ada okay. Kalau ada blooming tu kira bernasib baik la. Ini kerana Rafflesia mengambil masa sembilan bulan untuk membesar dan hanya akan kembang sekali setahun (kembang selama tujuh hari SAHAJA). 

Sebelum masuk, kena parkimg keta di tepi jalan. Perlu berhati-hati kerana tiada parking khas disediakan. Bayaran masuk ialah RM10 untuk pemegang MyKad dewasa. Kalau budak kecik percuma je. Harga tourist tak pasti berapa tapi jangan terkejut kerana kebanyakan yang datang ialah pelancong asing. Kebanyakannya yang datang secara kumpulan. 

Tempoh perjalanan dari laluan utama hingga ke garden hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki sahaja. Sebelum sampai akan lalu kawasan kebun dan jambatan kecil ni.

Kali ni Rafflesia Keithii yang blooming ?

Sebenarnya garden ni terdapat banyak bunga Rafflesia. Tapi kebanyakannya dah buruk atau tak kembang lagi. Jadi kira untung la kalau time tu dapat tengok yang dah kembang.

Sebelah kiri ialah Rafflesia yang dah buruk. Kanan pula bunga Rafflesia yang bakal kembang.

-
-
-
-
-

Akhirnya dapat tengok Rafflesia yang tengah blooming. Yang ni kora medium size. Dalam tempoh seminggu bunga ni tengah kembang, masa yang paling cantik ialah hari kedua dan ketiga. Time tu boleh nampak bunga yang merah. Hari keempat biasanya dah nampak gelap sedikit. Yang saya tengok ni ialah hari keempat kembang.

Seronok dapat tengok bunga Rafflesia ?. Kalau ikutkan pengunjung yang hadir... kebanyakannya terhidu bau busuk yang keluar dari bunga ni. Tapi saya tak terhidu bau pelik sangat... errr mungkin sebab hidung kurang sensitif kot.

Oh ya. Selain tempat ni... ada beberapa tempat lagi boleh tengok Rafflesia, contohnya Vivian Natural Rafflesia Garden yang terletak tak jauh dari Adenna's ni juga (kat depan lagi skit). Masa nak menuju ke Kundasang (masih area Tamparuli tapi dah lalu jalan bukit) ... kat tepi-tepi jalan tu saya nampak ada banner Rafflesia tengah blooming. Tempat lain yang berdekatan untuk tengok bunga ni ialah di Kinabalu Park dan Tambunan. Dengar khabar di Kota Belud pun ada.

P/S - Bunga Rafflesia tidak hanya ada di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung pun ada juga.

0 Response to "Tengok Bunga Rafflesia di Poring, Ranau"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel