Cara Mudah Menghilangkan Rekahan Tumit Kaki (Cracked Heels)
Sekarang ni saya dah sangat jarang gunakan high heels lagi sebab hari tu dah terkena sakit belakang. Walaupun heels (3.5") tu jenis kasut yang selesa... still juga tak boleh blah. Lagipun saya banyak bergerak, so mungkin itulah effectnya.
Sekarang ni dah guna kasut comfort bertumit rendah. Apa-apapun, cracked heels tu perkara biasa. Bila lama dibiarkan, permukaan tumit akan menjadi bertambah keras dan sakit. Tapak kaki pun nampak tak smooth gara-gara cracked heels.
Cara termudah untuk hilangkan rekahan tumit ini adalah dengan menggunakan foot file (pengikis kulit mati untuk kaki). Saya share simple steps ni:
- Rendam kaki anda di dalam air suam selama beberapa minit. Tujuannya untuk kembangkan kulit mati agar senang nak kikis nanti. Kalau tak nak rendam pun boleh tapi untuk hasil yang lebih baik... rendamlah kaki anda.
- Lap tapak kaki anda. Kemudian gunakan foot file. Foot file ada dua side. Side pertama untuk kikis kulit mati, yang side satu lagi untuk haluskan kembali kulit. Selepas menggunakan foot file, sila ke step 3.
- Untuk mendapatkan tumit kaki yang lebih halus, lepas selesai step kedua boleh letak losyen khas untuk cracked heels. Kalau tak ada losyen khas, letak losyen biasa pun boleh.
Saya tunjuk keadaan tumit kaki waktu sebelum dan selepas.
0 Response to "Cara Mudah Menghilangkan Rekahan Tumit Kaki (Cracked Heels)"
Post a Comment