Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 1
Happy new year from Shenzhen, China. ?
Sempena New Year 2020, me and my travel buddies ke Shenzhen... nak ambil feel sebelum masuk kerja nanti. Hahaha. Kali ni travel empat orang. Seperti biasa... berjalan-jalan dengan kos paling murah.
Ini adalah kali pertama saya ke Shenzhen. Info pasal Shenzhen ni susah skit nak cari. Nak masuk guna Google Street pun tak dapat. Kalau search kat Internet, gambar tourist attractions pun macam tak berapa update. Kena check through Baidu baru boleh dapat info. Tapi semua dalam bahasa Cina. Klook? Tak banyak sangat offer untuk Shenzhen.
Blog rakan-rakan sangat membantu. Banyak tips saya dapat. Saya harap post saya juga boleh membantu anda yang berhasrat nak ke Shenzhen.
Trip kali ni kami memang nak explore Shenzhen. Tak berhajat nak ke Guangzhou atau Hong Kong. Kami yakin Shenzhen ada banyak tempat yang menarik dan hidden gems.
-
-
-
-
-
Pertama sekali, kalau nak ke Shenzhen (Mainland China) perlu ada visa. Untuk detail macam mana nak buat visa, boleh ke post saya yang ini. Lepas tu, kalau nak sewa WiFi, pastikan ada VPN. Kalau tak ada VPN, tak boleh buka website seperti Google, Yahoo, Facebook etc sebab China dah blok banyak website begini. Mereka ada website mereka sendiri yang lebih kurang juga. Contohnya Google = Baidu, Facebook =Weibo. Tapi semua dapat bahasa Cina. By the way, saya sewa WiFi melalui Travel Recommend. Servis terbaik!
Okay, flight kami berlepas lebih kurang jam 11.35PM. Direct flight from BKI to Shenzhen. Perjalanan dalam 3 jam lebih. Terima kasih Air Asia untuk penerbangan yang super smooth.
Sampai di Shenzhen Bao'an International Airport (Terminal 3). Semasa di imigresen, jangan lupa isi borang declaration. Borang disediakan di kiosk sebelum masuk ke bahagian barisan imigresen. Nanti bila dah kat kaunter imigresen, staf akan tanya soalan such as berapa hari stay di China, dah beli tiket balik ke belum, sebelum ni pernah ke China atau tak etc. Tenang dan jawab ikut apa yang kita isi dalam borang visa dulu.
Kawasan airport Shenzhen.
Oleh kerana masa kami sampai ni dah jam 3AM, yang terbaik adalah cari hotel berdekatan. Dalam airport tak ada hotel dan tak dibenarkan untuk berbaring di kawasan lantai airport. Airport MRT juga mula beroperasi jam 0630AM. Hotel yang paling dekat (walking distance) ialah Hyatt, tapi harga pun boleh tahan juga. Lain-lain hotel berdekatan perlu naik taxi untuk sampai.
Di sini ramai "ulat teksi" a.k.a teksi sapu. Mereka akan berdiri di sepanjang kawasan airport dan akan bersungguh-sungguh untuk approach. JANGAN sesekali guna khidmat ulat teksi ni sebab nanti mereka akan cas harga kaw punya. Amik airport taxi yang sebenar. Ikut saja signboard "taxi" sehingga di luar airport dan berbaris terus.
Walaupun barisan panjang tapi taxi kat sini pantas. Kita bagitau mana tempat kita nak pergi dan akan bayar kemudian selepas kita sampai ke destinasi.
Di China, driver duduk kat sebelah kiri. Bahasa Mandarin sangat membantu sebab mereka tak faham cakap Inggeris. "Women yao qu.... (kami nak pergi....)" then sebut sahaja nama hotel kita. Tunjukkan alamat dan gambar hotel sebab ada yang tak tau lokasi hotel.
Kami menginap di Jinjiang Inn hotel. Hotel ni terletak lebih kurang 10-15 minit dari airport dengan menaiki taxi. Booking through Agoda saja. Hotel ni dekat dengan airport lama Shenzhen (domestic flight) dan metro station. Walking distance only.
Hotel ni kiranya hotel lama juga la tapi fasiliti kira okay. Selesa. Staff tak pandai berbahasa Inggeris tapi mereka akan guna translator untuk berkomunikasi dengan kita.
Pemandangan dari hotel Jinjiang Inn. Metro station terletak di hadapan tu saja.
Untuk masuk ke metro station, setiap beg penumpang akan kena scan terlebih dahulu for security reason. Siapa yang ada bawa air kena keluarkan untuk checking. Ini berlaku di setiap metro station. Untuk kami rasa agak leceh jugalah sebab MRT adalah transport utama kami. Tiap kali nak naik kena scan beg dulu.
Untuk memudahkan perjalanan, boleh beli Shenzhen Tong card (macam kad Touch & Go) Boleh beli kat mesin di setiap MRT station. Kalau tak faham tulisan Cina, boleh guna Google Translate atau tengok Youtube "how to buy Shenzhen Tong Card". Dalam kad tu dah siap ada kredit. Kalau nak reload kad boleh ke kaunter customer servis.
Menaiki MRT menuju ke Dongmen street. Boleh turun di stesen Shaibu atau Laojie.
-
-
-
-
-
FYI - Kalau nak travel ke China, lebih baik bawa travel bidet sebab tandas kat sana tak ada paip untuk cebok. Trust me, benda ni sangat membantu.
Beli di Shopee. Harga RM11 sahaja.
-
-
-
-
-
Balik kepada cerita. Akhirnya kami sampai di Dongmen Street, tempat paling famos kalau nak bershopping di Shenzhen. Oleh kerana waktu ni China tengah musim sejuk, jadi banyak winter coat dijual di sini.
Suasana di Dongmen street pada waktu pagi.
Oleh kerana perut dah lapar, kami pun mencari restoran muslim di kawasan ni. Kalau kat Google boleh search "Halal Noodle & Rice". Cari punya cari, akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah....
Ni la restoran tu. Restoran halal muslim.
Menghidangkan chinese food. Kalau nak order boleh tengok menu yang dipamerkan. Ada nasi goreng, mi tarik, sup, roti dan lain-lain.
Nampak sayur tu sedap sangat. Jadi saya order menu ni. Oleh kerana saya dah tak makan daging, maka daging tu dah di transfer ke pinggan kawan la. Haha.
Simple menu tapi sedap. Pekedai not so friendly tapi tak peduli. Yang penting perut kenyang, hati senang. By the way, restoran ni tak ada menghidangkan air. Mula-mula pelik juga sebab saya minta dua teh panas, dia kata tak ada. Rupanya memang tak ada jual air. Air minuman kena beli sendiri kat kedai 24 jam yang terletak berdekatan.
Teringin nak minum Cola.
-
-
-
-
-
Lepas tu teruskan explore kawasan Dongmen. Hotel kami juga terletak berdekatan. Free and easy. Kebetulan two of my members nak pergi membeli luggage. Jadi apa lagi... layanlah. Lagipun harga pun kira murah juga. Jangan lupa tawar-menawar ya.
Winter jacket yang dijual murah. Kalau nak coat yang cantik macam style Korea pun ada juga. Tapi harga kena tawar habislah. Kalau tak... beli kat Shopee saja.
-
-
-
-
-
Bokadun Boutique Hotel. Hotel kami terletak di Dongmen Street. Booking through Agoda saja.
Yang ni bilik single.
-
-
-
Ini pula bilik triple. Hotel selesa, memang terbaik! Cuma yang tak best... pintu toilet transparent. Tapi still okaylah sebab tak la nampak secara terang-terangan. Ada dilekat dengan stiker sebagai penghadang. Dan pintu toilet pun tak menghadap ke hadapan katil. Hahaha.
By the way, tandas di China memang pelik skit. Ada yang pintu normal, ada pintu transparent, ada pintu half, ada yang tak ada pintu. Tutup guna payung saja. Bukan saya ya. >.< Siapa pernah try tandas special ni? Ce suo hen te bie. :-)
-
-
-
-
-
Selepas berehat, petang tu kami sambung lagi berjalan. Hotel ni sangat strategik sebab depannya ada kedai buah-buahan yang buka 24 jam. Lepas tu ada convenient store. Then, terletak di kawasan Dongmen Street serta hampir dengan Shaibu metro station.
Lalu di kawasan perumahan orang. Shortcut ke Shaibu station.
-
-
-
-
-
Destinasi kami ialah melawat bangunan ke-8 yang tertinggi di dunia. KK100. ???
Mulanya ingat nak naik ke tingkat atas, tapi tak jadi sebab nak terus ke tempat lain.
Terletak bersebelahan dengan KK100 ialah KK Mall. Kalau nak tengok barang berjenama boleh ke sini. FYI - Barang branded di China sangat mahal, jadi kalau boleh tak perlu shopping barang branded di sini. Sebab tu kalau orang China ke luar negara mereka berabis shopping barang branded.
-
-
-
-
-
Seterusnya kami berjalan kaki ke Lychee Park (Lizhi Park). Taman ni adalah tempat orang beriadah. Ramai senior citizen yang bersantai di taman ni. Rasanya kami saja yang pakai tudung dan bersiar-siar bawa backpack di taman ni.
Kalau ikutkan carian dalam Internet, kononnya taman ni banyak pokok laici. Kalau musim buah laici memang menariklahk. Cuma jangan pandai-pandai nak petik buah-buahan tu. Nanti kena marah.
Masa kami pergi ni tak nampak pula ada buah laici...
-
-
-
-
-
Lepas tu kami pergi cari makan malam. Kami ke kawasan Wenjin Road berdekatan Muslim Hotel Shenzhen. Di sana ada sebuah restoran muslim dan kedai runcit muslim. Untuk ke kawasan ni boleh menaiki MRT menuju ke Huang Bei Ling station.
Tak tau apa nama restoran tu tapi yang ni la. Senang nak cari. Terletak tak jauh dari Muslim Hotel Shenzhen
Sorry gambar tak cantik. Sebenarnya ni screenshot video.
Ni menunya. Dalam Bahasa Cina.
Kalau tak faham boleh translate guna Google Translate.
Ini nasi goreng telur. Saya jenis suka makan makanan simple, jadi okaylah. Sesuai dengan selera.
-
-
-
-
-
Sebelum balik kami pergi ke Futian. Tempat ni penuh dengan bangunan tinggi. Kalau pergi masa yang sesuai, boleh nampak LED show. Walaupun tak grand macam kat Hong Kong, tapi still menarik. Sambil menikmati keindahan Futian, kami masuk ke Coco Park.
Coco Park. Shopping mall. Ada banyak restoran, kedai jual barang branded dan pasaraya.
Ping An Finance Centre. Bangunan kedua tertinggi di China dan keempat tertinggi di dunia. Di tingkat atas boleh tengok view. Tapi kena bayar okay. Harga yang di offer dalam Klook dalam RM100+ juga. Kami tak naik ke bangunan Ping An. View dari Coco Park pun cukuplah.
Futian penuh dengan lampu. Cantik.
My first try. Dah dapat. Mesin e-claw di sini agak mahal sedikit. Dan tak banyak macam di Taiwan.
Sebelum balik, sempat pergi round dalam Coco Park.
Lepas tu kami pun balik dengan menaiki MRT ke Shaibu station. Public transport di sini amat efficient. Route MRT senang faham. Kami yang first time datang Shenzen pun selesa dengan keadaan public transport sini.
Okay sambung di Part 2
0 Response to "Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 1"
Post a Comment