Total Pescatarian
Saya bercadang untuk menjadi pescatarian. Dah sebulan percubaan and I feel great!
Apa itu pescatarian? Makan sayur, makan seafood, makan sumber tenusu dan kekacang, tapi tak makan daging termasuklah daging ayam, itik, lembu, kambing dan sewaktu dengannya.
Kenapa saya memilih pescatarian? Nak turunkan berat badan? Bukan objektif utama saya. Tapi tak dinafikan secara tidak langsung diet pescatarian membantu menurunkan berat badan.
Saya pilih pescatsrian kerana ingin menukar gaya hidup. I want to eat clean. Kedua, mungkin sebab saya terlalu banyak tengok channel CI (Crime Investigation) kot. Imej gruesome yang dipaparkan membuatkan saya gerun. And then, sekarang ni banyak saya lihat posting yang kurang menyenangkan, contohnya gambar njing mati kena pukul, kucing kena potong kaki... tak sampai hati nak tengok. Apatah lagi kalau berlaku di depan mata. Kenapa la ada orang yang jahat macam tu. Sanggup dera binatang.
Yang lebih menjadikan saya terngiang-ngiang imej sebegini... pernah sekali tu ntah macam mana saya boleh tertengok video orang tengah makan labi-labi. Masalahnya labi-labi tu dimasak bulat dan tidak dipotong-potong. Tu yang terus macam tak menarik. Orang tu selamba saja makan kepala labi-labi tu... dan... oh no!
Bagi saya, untuk memulakan diet ni tak susah sebab masa tu memang dah tak ada perasaan nak makan daging langsung. Walaupun sebelum ni favorite food saya adalah nasi ayam, ayam goreng, ayam panggang... pendek kata memang ayam la, tapi perasaan tu masih boleh dikawal sebab saya ada alternatif pilihan seafood. Jadi tak terasa semuanya 'sayur sangat'.
Sebenarnya menjadi pescatarian melatih diri untuk menjadi seorang vegetarian (kalau nak la). Yeap. Dulu pernah try nak jadi vegetarian, tapi tak tercapai sebab tak boleh lupakan keenakan ayam. Tapi sekarang rasanya boleh berjaya kot kalau nak jadi vegetarian. Sebabnya saya banyakkan greens dalam menu saya. Saya sukakan pau sayuran, sayur goreng, popiah sayur etc. Pendek kata, semua sayur pun tak apa.
Kepada yang nak jadi pescatarian, saya yakin anda boleh berjaya. Kepada yang nak jadi vegetarian atau vegan pyla, anda boleh try step by step bermula dari pescatarian.
0 Response to "Total Pescatarian"
Post a Comment