Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 2 (Dapeng City)
Sambung Part 2 jalan-jalan di Shenzhen.
Sambil breakfast dengan Maggi, sambil tengok pemandangan di luar. Rupanya budak-budak tengah masuk sekolah.
Lebih kurang jam 08.30 pagi... kami pun bertolak ke destinasi iaitu daerah Dapeng. Daerah ni terletak kira-kira satu jam dari bandar Shenzhen. Tak ada MRT ke Dapeng, jadi cara yang adalah ialah dengan menaiki teksi ataupun bas.
Kami bukan nak ke daerah Dapeng semata-mata, tapi nak ke Dapeng Ancient City a.k.a Dapeng Fortress... iaitu bandar lama sejak zaman Dinasti Ming, tahun 1394. Bandar ini dibina sebagai pangkalan tentera untuk menahan serangan lanun yang datang dari Laut China Selatan. Bandar bersejarah ini juga memainkan peranan penting semasa Perang Candu (Opium War) pada zaman dahulu. Yang lebih menarik, semua blok rumah di sini tidak pernah diusik dan masih sama seperti sebelumnya.
Kami bermula dengan menaiki MRT nak ke stesen Luohu. Sebab nak cari bas yang akan lalu route ke Dapeng. Oleh kerana kekurangan info macam mana nak sampai ke Dapeng Ancient City, jadi kami ikut sajalah mana-mana info yang ada. Time ni kira tawakkal sajalah. Tak tau sampai atau tak ke Dapeng.
Sampai di Luohu Commercial Centre. Tempat ni terletaknya stesen kalau nak ke Hong Kong atau Guangzhou. Dan kalau nak tengok fake designer handbag, kasut, jam etc... boleh ke shopping mall yang ada di sini. Nanti saya story tempat ni dengan lebih lanjut.
By the way, saya tak galakkan membeli fake product kerana salah di sisi undang-undang dan kualiti tak setanding yang original.
Pada mulanya kami tercari-cari bas nak ke Dapeng. Tak ada. Macam nak give-up dah, tapi teruskan juga usaha. Tanya orang di mana Dapeng city... semua pun macam tak faham. Rupanya kena sebut Dah-Pung barulah mereka faham.
Awas dengan 'ulat' yang berdiri kat kawasan luar shopping mall. Mereka nampak kita macam lost, then mereka akan offer maklumat dengan kita. Lepas dah tolong, mereka akan pau duit. Elakkan ulat-ulat ini! Seriously.
Saya bagi info cara nak ke Dapeng. Mula-mula sekali... naik bas awam E11, E26 atau NE26 (express ke Dapeng). Tambang hanya RMB10 dan boleh bayar guna cash atau Shenzhen Tong Card. Cara nak dapat bas ni... tunggu di bus stop biasa sahaja. Misalnya kalau anda di kawasan Luohu Commercial Centre, jangan cari bas ke Dapeng di kawasan bus coach station tu. Keluar dari kawasan tu dan pergi ke bus stop biasa kat tepi jalan saja.
Salah satu bus stop yang boleh dapat bas E11, E26 atau NE26 ialah di seberang bangunan Baofeng ni. Sengsara juga nak cari mula-mula. Kan first timer. Syukur jugalah akhirnya dapat juga.
Kami menaiki bas NE26 express ke Dapeng. Yang bestnya naik bas awam express ni, tak banyak berhenti-henti.
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang sejam. Ini sebahagian pemandangan menuju ke Dapeng.
Akhirnya kami turun saja di mana-mana bus stop yang ada disebut 'Dapeng'. Nasib baik audio dalam bas awam tu multi language. Kalau tak... kami pun tak faham. Lagipun bahasa Mandarin di China ada beza skit dengan di Sabah. Lagilah susah nak faham.
Bandar Dapeng begitu tenang. Cuaca pun lebih sejuk. Saya suka Dapeng! Walaupun dah sampai di daerah Dapeng, tapi kami tak sampai lagi ke Dapeng Ancient City. Jadi kami kena naik another bas iaitu B753.
Naik bas B753. Kami saja yang bayar tambang bas sebab yang lain semua adalah senior citizen (free public transport).
Naik bas ke Dapeng Ancient City ni kiranya gamble sajalah sebab tak banyak info yang saya dapat macam mana nak ke Dapeng. Berdoa agar tak sesat. Jadi caranya masa dalam bas, kami pasang Google Maps. Kalau agak-agak dah nak sampai, kami turunlah.
Kami perasan di Dapeng ramai senior citizen. Mungkin yang muda semua ke bandar kot.
Okay. Teruskan cerita. Masa dalam bas, time tu rasa macam nak sampai dah sebab kawasan laluan semua ada rumah-rumah lama. Tapi masih blur lagi betul ke tak dah nak sampai. Google Maps kata ada beberapa minit lagi nak sampai. Then ada penumpang yang tanya kami nak ke mana. Bila kami tunjuk gambar main gate Dapeng Fortress, terus orang-orang tua dalam bas tu semua bagitau suruh turun kat sini. Haha. Okay. Kami pun turun dengan jayanya.
Betul-betul turun kat depan papan tanda ni. Kalau nak tau apa yang ditulis, sila Google Translate sebab yang tulisan rumi sedia ada tu pun kurang membantu.
Kami pun teruskan berjalan kaki sambil menikmati pemandangan.
Terjumpa lagi papan tanda dan kami terus Google Translate sebab nak tengok di mana jalan ke ancient city. Kami pun follow "South Gate of Dapeng Ancient City". Actually terdapat tiga laluan gate untuk masuk ke ancient city. Gate yang paling famos adalah south gate.
Kereta bomba comel.
Backpackers hostel pun ada di sini.
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai di South Gate.
Kebetulan masa ni ada pameran The Sea of Time. Kira bertuah juga kami sampai tepat pada waktunya.
Beginilah keadaan Dapeng Ancient City. Semuanya dalam bentuk kekal seperti zaman dahulu. Kawasan yang tenang dan cantik. Kalau anda ke Shenzhen, ini adalah tempat wajib pergi. Memang berbaloi. Free admission.
Di luar kawasan library. Boleh duduk rehat sambil baca buku. Rasa macam nak tertidur pun ada.
Sangat tenang. Ditambah lagi dengan angin sepoi bahasa.
Yang ni gate lain, di sebelah belakang.
Dapeng Ancient City juga ada kedai-kedai menjual souvenir dengan harga yang lebih murah, ada restoran (tapi tak ada yang halal) dan ada kedai menjual wangian aromaterapi. Saya ada beli seuncang wangian yang saya gantung di beg. Manakala kawan saya pula beli bantal yang disimpan lavender, ros dan macam-macam. Wangi sangat. Mula-mula dia ada masalah susah nak tidur. Tapi lepas tidur dengan bantal lavender ni, terus boleh lena dah. Bilik pun terus bau wangi juga.
Aunty yang jual aromaterapi ni begitu friendly. Mula-mula faham jugalah apa dia cakap. Tapi lepas tu saya bagitau saya boleh cakap Mandarin tapi tak berapa lancar. Lepas tu makin rancak benar dia bercerita. Saya senyum saja. Haha. Sebab dah tak faham.
Kalau ke Dapeng Ancient City, tak boleh rush. At least kena spend time selama tiga jam untuk menghayati kawasan ni. Memandangkan kawasan ni luas, jadi kena ready juga snack dan air di dalam beg. Sebelum keluar dari ancient city ni, saya beli air tebu. Harga lebih kurang RM5 duit kita. Ini air tebu original. Perah guna mesin, then sambut terus ke dalam botol. Tak ada tambah air. Totally original.
-
-
-
-
-
Kami keluar ikut South Gate dan cuba untuk mencari makanan halal di sekitar. Malangnya tak jumpa. Tapi jangan risau. Kami ada bawa Brahim's travel food. Kami cari taman berdekatan dan duduk makan di situ.
Menu saya ialah nasi putih dan sambal bilis. Berdekatan taman juga ada tourist information, public toilet yang bersih dan beberapa convenient stores dan restoran.
-
-
-
-
-
Sebelum kami kembali ke Dongmen street, kami berjalan skit ke hadapan taman. Nak tau apa ada kat sana. Akhirnya kami sampai ke Yangmei Keng beach.
Walaupun dalam gambar ni nampak macam panas, tapi sebenarnya cuaca agak sejuk. Rasanya dalam 15�C kot masa ni.
-
-
-
-
-
On the way back to city. Kami menaiki bas E11 kerana nak singgah di Children's Park.
Children's Park. Rasa macam berada di Jerudong Park pula sebab tempat ni siap ada roller coaster lagi. Masuk free. Tapi kalau nak main kena bayar.
Tengok gelongsor dia bukan alang-alang. Memang tinggi.
Tandas budak-budak
-
-
-
-
-
Rupanya Children's Park ni tak jauh dari Dongmen. Jalan kaki pun boleh sampai. Kalau tau awal tadi, baik tunggu bas ke Dapeng dari sini saja. Aiyooo. Tak apa. First timer la katakan.
Kami pun berehat di hotel memandangkan kaki dah lenguh. Lepas tu baru keluar balik sebab members nak membeli winter coat. Nak pakai untuk next trip kami ke... dot dot dot. Lepas tu kami cari makan di restoran halal noodle and rice tempat mula-mula hari tu.
Eskelator kecil ni membuatkan saya terkenang eskelator di Parkson Kuching, Sarawak kat area waterfront. Sekarang Parkson tu dah tutup. Sedih.
Ada orang buat concert.
Sampai di hotel kembali. Beli Cola dan Sprite untuk souvenir kawan. Saya memang jenis tak suka shopping. Maka luggage saya sentiasa ringan dan boleh muat souvenir dengan jayanya.
Powerbank 5000mah. Harga dalam RM15 duit kita. Ni my mum yang minta belikan. Nak yang kecil dan ringan. Powerbank tu mum nak guna untuk pasang mesin cek darah saja. Sebab tu nak yang 5000mah pun cukup dah. Since yang 10000mah agak berat sedikit, so saya beli sajalah yang 5000mah.
Okay. Kita sambung story part 3 di next page.
0 Response to "Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 2 (Dapeng City)"
Post a Comment