Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 3 (Windows of World)
Destinasi kami yang seterusnya ialah Window of the World (WoW). Jika berkunjung ke Shenzhen especially first timer, mesti pergi ke WoW.
Kami mulakan perjalanan selepas bersarapan pagi. Hajat nak bergerak awal sebab takut ramai orang ke WoW. By the way, thanks Brahim's travel food kerana memudahkan penyediaan sarapan kami dengan makanan yang enak. My favorite... sambal bilis. Makan dengan nasi putih, memang best. ??
-
-
-
-
-
Explore kawasan bandar Shenzhen begitu senang kerana dilengkapi dengan kemudahan MRT. Perjalanan kami dari Dongmen Street ke WoW juga amat senang dengan hanya menaiki MRT. Untuk perincian lanjut boleh download Shenzhen MRT map dari Internet.
Turun sahaja di Stesen Wow dan anda terus bergerak ke Exit J, iaitu exit betul-betul menghadap WoW.
Melintasi Pyramide du Lourve menuju Exit J.
Akhirnya berjaya membeli tiket. Harga tiket RMB220/person. Masa operasi WoW ialah jam 0900AM - 1000PM pada setiap hari, dan jam 0900AM - 1030PM pada cuti umum.
Kalau nak beli tiket boleh ke kaunter kat depan tu. Tadi risau sebab ramai orang, tapi sebenarnya tak ramai pun. Tak perlu bersesak macam beratur di Disneyland. Hehe.
Walaupun tak ramai orang, tapi di area ni ramai orang datang nak bergambar. Kena bersabar skit la. Thanks to abang yang tolong amik gambar kami.
Sebagai tanda kenangan dan oleh kerana matahari pun terik juga, saya beli topi kipas solar. Memang rare topi ni.
-
-
-
-
-
WoW menempatkan replika monumen dan mercu tanda yang ada di setiap negara. Walaupun saiznya kecil berbanding yang sebenar, tapi still nampak real.
Kawasan ni sangat luas dan memerlukan masa untuk melawat ke semua tempat. Rasanya dalam masa 4 - 5 jam should be enough. Waktu malam ada acara bunga api. Tapi kami tak tunggu sampai malam sebab dah ada plan lain. Dinasihatkan untuk bawa makanan sendiri ketika berada di WoW kerana anda akan lapar. Kat sini ada beberapa restoran, cuma tak jumpa yang halal.
WoW dibahagikan beberapa seksyen seperti Asia, Europe, Middle East, zaman dahulu kala dan lain-lain. Ada bermacam seksyen. Jom explore.
Golden stupa.
Angkor Wat. Sebenarnya ini adalah antara tempat yang saya ingin lawati. Masuk dalam bucket list.
Dapat bergambar dengan replika pun jadilah. Terima kasih WoW kerana menjadikan impian saya sebuah realiti. Haha.
Hakone shrine, Japan.
Menikmati pemandangan WoW sambil menikmati air kelapa pandan. ????
Taj Mahal, India.
House of Opera, Australia.
Selain tu, di sini juga persembahan tarian yang diadakan mengikut jadual yang ditetapkan. Yang ni adalah tarian Myanmar.
???
Europe.
Dutch.
Naik keretapi ni free saja. Kalau nak naik keretapi kena berbaris dulu. Boleh refer jadual pergerakan yang dipamerkan.
-
-
-
-
-
Egypt.
Antara banyak seksyen, kawasan ni paling best. Rasa macam di Perancis pula.
Dari tiga orang jadi enam orang.
Arc de Triomphe, France.
Eiffel Tower.
-
-
-
-
-
Masa explore kawasan WoW, terjumpa pula kawasan Alps Ice and Snow World. Oleh kerana nak merasa pengalaman salji dan ais, maka kami pun masuk ke dalam tempat ni.
Ada tiket masuk dikenakan. Tapi kalau hanya nak bermain salji dan gelongsor, cas bayaran tak mahal. Kalau nak main ice skate ada mahal skit la sebab kena sewa peralatan.
Sebelum masuk kita akan dipinjamkan dengan boots dan winter jacket. Kalau nak guna sarung tangan kena beli dengan harga RMB20.
Gelongsor ais memang menarik.
Weeeee!
-
-
-
-
-
Dah puas main di snow world, kami pun meneruskan aktiviti di kawasan Eiffel Tower. Saya dan sorang lagi member naik ke atas tower. Yang dua orang lagi tak berani sebab takut tinggi. Harga naik ke atas ialah RMB35.
Untuk sampai ke puncak Eiffel, perlu naik dua kali lift. Akhirnya kami sampai di puncak.
Memang tinggi. Yang takut tinggi tak di galakkan untuk naik.
Pemandangan dari atas Eiffel Tower.
Dah puas berada on top of Eiffel Tower, kami pun turun semula dan ke kawasan lain seterusnya. Cuba untuk mencari restoran halal tapi tak pula jumpa. Based on review dari blog lain, ada yang kata ada halal restaurant di dalam WoW. Unfortunately, kami tak jumpa.
Jadi kami duduk kat kawasan sculpture garden sambil makan bekal yang dibawa. Macam-macam kami bawa. Roti, biskut, buah-buahan etc. Asal dapat alas perut.
Sculpture garden ni adalah tempat semua statue atau patung yang terkenal dikumpulkan. Seriously semua nampak macam yang original.
Kebanyakan tempat kami dah round, tapi seksyen zaman dinousaur ni kami tak round pula. Dah tak larat. Lagipun dah jam 3PM masa ni.
Masa nak keluar ke gate, sempat singgah ke kawasan ni.
-
-
-
-
-
Okay. Perjalanan dah nak berakhir. Sebelum keluar ke gate utama, tak lepaskan peluang untuk ambil gambar di sini.
-
-
-
-
-
Lepas dari WoW, kami pun bertolak balik ke Dongmen street. Perut pun dah lapar dan kami nak pergi cari makan dulu.
Kepada yang nak sewa basikal, boleh sewa public bicycle ni. Payment boleh dibuat through barcode di basikal.
Tempat makan halal yang paling dekat dengan hotel ialah Halal Noodle and Rice. Sayur tu macam timun juga, tapi macam labu air juga. Apa-apapun, must try!
-
-
-
-
-
Sampai sahaja di bilik, terus berehat secukupnya. Malam tu dalam jam 7PM, sambung balik keluar. Nak tengok suasana Luohu Commercial Centre yang dikatakan tempat membeli fake designer brand yang popular di Shenzhen.
Luohu Commercial Centre.
-
-
-
-
-
Banyak barangan tiruan yang dijual di sini. Ada grade premium dan low grade. Kalau nak beli barang di sini, make sure tawar sampai harga paling murah.
Beg Bottega Veneta. Di sebelah bawah pula beg Balenciaga.
YSL, Gucci, Prada.
Luggage Rimowa
FYI - Saya tak beli dan tak support barangan tiruan. Sekian.
?
?
?
?
?
Keesokan harinya, kami pun bersiap sedia untuk kembali ke tanah air. Yeay!
Sometimes MRT boleh jadi sesak terutama masa peak hour atau berhenti di stesen utama. Walaupun ada priority carriage for women, jangan haraplah semua perempuan yang masuk. Hehe. Kalau ke Mainland China, mereka ni kurang skit ikut persturan. Suka potong barisan. Kat dalam MRT kalau ada orang tua berdiri pun, yang duduk tu boleh buat tak tau saja. Geram gak tapi nak lebih-lebih, kita pula yang kena. Tapi tak semua macam tu la. Ada gak yang tak buat perangai.
Ready to take off.
Sekian cerita mengenai trip to Shenzhen. Kalau diberi peluang, rasa macam nak pergi lagi.
FYI - Masa kami dah balik ke Sabah, tak lama lepas tu hot pula cerita coronavirus. Alhamdulillah kami dah balik lebih awal dan dalam keadaan sihat. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
0 Response to "Jalan-jalan ke Shenzhen - Part 3 (Windows of World)"
Post a Comment