Review : Catit Cat Fountain
Sebelum ni saya hanya gunakan mangkuk biasa untuk menyimpan air minuman untuk kucing saya. Oleh kerana saya bekerja dari pagi dan selalu hingga ke malam... maka air minuman hanya ditukar selepas saya balik sahaja. Jadi akan nampak air tu ada habuk atau bulu kucing. Kadang-kadang sisa makanan kucing pun ada.
Untuk mengekalkan kebersihan air yang diminum, saya pun beli cat fountain. Yang ni saya beli jenama Catit (Catit Cat Fountain) berkapasiti 1.5 liter air. Harga RM80 di kedai Pet Paradise Shop, Sulaman, KK. Kalau beli dari online boleh dapat harga lagi murah... tapi sebab nak cepat, jadi beli kat kedai sajalah.
Catit cat fountain dilengkapi dengan filter sponge untuk memerangkap kotoran dan motor agar air dapat mengalir. Kalau rasa tak nak bunga tu boleh cabut juga. Dan air akan tetap mengalir seperti biasa.
First time introduce cat fountain ni, semua kucing punyalah excited. Lepas tu cuba-cuba untuk minum. Tapi kucing saya ni nakal skit. Yang sekor tu dia pergi gigit bunga atas fountain tu, lepas tu dia bawa lari tempat lain. Haha.
Setakat ni kucing saya menyukai cat fountain ni. Dan amat memudahkan saya. Yang penting ada plug elektrik, dah boleh pasang fountain ni. Air sentiasa bersih dan tak ada lagi bulu kucing, rambut, sisa makanan dan habuk.
Walaupun air boleh tahan lama tanpa ditukar, tapi saya still akan tukar sekali untuk sehari. Filter boleh dibuka dengan mudah dan dicuci. Kalau nak beli filter sponge tambahan, boleh dibeli secara berasingan.
Kepada yang selalu tak ada kat rumah, saya syorkan anda beli Catit cat fountain ni. Memang berbaloi.
0 Response to "Review : Catit Cat Fountain"
Post a Comment