What to Do...
Coronavirus amat memberi kesan kepada ramai orang. Matawang jatuh, sektor pelancongan merundum, bisnes kurang menguntungkan, sanitizer dan face mask pun habis.
Nampaknya plan tahunan saya ke Hong Kong juga terganggu. Dan saya terpaksa membatalkan penerbangan saya ke sana. Sepatutnya saya akan fly ke HK pada 27 Februari ni. Tapi... apa boleh buat. Keadaan tak mengizinkan. Syukur jugalah Agoda return balik duit booking hotel. Kalau ikut policy tak return duit dah. Oleh kerana situasi diluar kawalan, so duit tu kena return akhirnya.
Air Asia pun macam tu juga. Mula-mula flight 27hb, lepas tu cancel dan diawalkan ke 26hb. Then cancel lagi dan dilewatkan ke 27hb semula. Saya nak pospone ke bulan November memang tak boleh sebab policy kata hanya valid untuk 30 hari sebelum atau selepas dari tarikh asal penerbangan. Dahlah tiket beli yang paling murah (promo)... risau juga tak boleb refund. Lepas tu berbaris kat kaunter punyalah lama, sebab ramai pelancong China yang stuck kat airport. Sebabnya ada beberapa negeri yang band kemasukan pelancong China. Akhirnya staf di kaunter customer service tu kata try untuk refund melalui online - Chat with AVA.
Oleh kerana virus ni situasi diluar kawalan dan tiket pun balik-balik tukar jadual, jadi saya boleh buat full refund dengan Air Asia. Cuma refund tu memang lama la nak tunggu masuk duit. Katanya AA akan buat refund dalam masa tiga bulan.
Jadi tak adalah holiday ke HK untuk tahun ni. Sebelum ni saya dah melawat HK sebanyak empat kali, dan dah jadi sebagai annual trip saya. Banyak lagi tempat di HK yang saya tak explore lagi.
Apa-apapun, saya tak la sedih sangat tak dapat ke HK pada tahun ni. Sebab bulan Mac ni saya akan travel ke tempat lain pula. ? Hopefully semua berjalan lancar.
0 Response to "What to Do..."
Post a Comment