PADA DETIK ITU... : BAB 24
Natrah mendengus sebaik sahaja melihat susuk tubuh Idlan di hadapan lobi. Idlan yang tetiba memandang ke dalam sebelum sempat Natrah menyembunyikan diri. Terus lelaki itu melambai dan bergerak menghampirinya.
�Jom breakfast.�
�Saya penatlah encik. Nak balik terus.�
�Awak tak suka jumpa saya?�
Raut wajah dan suara Idlan sudah berubah. Langsung hilang keterujaannya tadi. Tangan Natrah dipaut tetapi cepat sahaja Natrah menarik tangannya. Dia tidak suka Idlan menyentuhnya. Dia perasan ada beberapa mata rakan setugas yang sedang memerhati. Sekarang harus dia akui, walaupun sekadar berbaju t-shirt dan berseluar sukan lelaki itu nampak menarik juga.
Ke aku tengah mamai sebab ngantuk ni?
�Sayang��
�Erm��
�Erm, saya hantar awak balik.�
Melihat wajah yang sudah hilang cahaya itu, Natrah tidak berani untuk kata tidak. Dia ikut sahaja langkah Idlan ke kawasan tempat letak kereta yang terletak di luar kawasan hospital.
Senyap sahaja keadaan di dalam kereta. Radio pula tidak dipasang. Rumah yang hanya berjarak tidak sampai lima minit dengan menaiki kereta bagaikan lama benar rasanya. Sehinggakan kereta itu berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat itu, Idlan tetap membisu.
�Saya masuk dulu.�
Pintu kereta sudah ditolak oleh Natrah. Hatinya rasa bersalah pula kerana menolak ajakan lelaki itu.
�Natrah��
Cepat sahaja Natrah berpaling sebaik sahaja namanya dipanggil Idlan.
�Awak tak kerja kan malam ni?�
Natrah geleng.
�Ibu ajak datang rumah makan malam. Saya ambil awak petang nanti. Pukul empat. Boleh?�
Tanpa berfikir terus Natrah mengangguk. Rasa bersalahnya menggunung bila melihat wajah Idlan masih seperti tadi. Sugul sahaja.
�Er�er� encik tak nak breakfast ke? Saya boleh temankan.�
�Tak apalah. Saya boleh makan nanti. Awak masuklah.�
Lambat-lambat sahaja melangkah turun daripada kereta Idlan dan memasuki rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di hadapan muka pintu, Idlan sudah memandu pergi. Natrah mengeluh. Merajukkah Idlan dengan dirinya?
***
�Encik kata nak ke rumah encik, ni kita buat apa datang sini?�
Soal Natrah sebaik sahaja kereta Idlan memandu masuk ke Jaya Jusco Puchong. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya memakirkan keretanya berhampiran tempat masuk.
�Awak duduk sekejap dalam kereta. Saya nak ambilkan barang ibu sekejap.�
�Er� er� saya ikut enciklah.�
Idlan memandangnya tanpa sebarang suara. Tadi pun ketika mengambilnya di rumah, Idlan sekadar menghantar SMS memberitahu yang dia sudah sampai. Apabila Natrah memasuki kereta lelaki itu diam membisu sepanjang perjalanan.
�Nak ambil jubah yang ibu pesan ke?� soal seorang wanita sebaik sahaja mereka memasuki sebuah butik pakaian. Natrah lihat Idlan angguk sahaja. Langsung tidak bersuara. Angin lelaki itu masih tidak baik.
�Sekejap akak ambil.�
Wanita awal tiga puluhan itu berlalu ke belakang dan kembali seketika kemudian dengan plastik hijau besar di tangannya.
�Ibu dah bayar dah hari tu.�
�Terima kasih kak.�
�Nanti kirim salam dengan ibu.�
�Erm.. kalau macam tu saya pergi dululah.�
Natrah berbalas senyuman sambil menyalami wanita itu. Cepat sahaja langkahnya menyaingi Idlan yang sudah laju sahaja berjalan.
�Encik��
Panggilnya. Serentak itu langkah Idlan berhenti dan lelaki itu berpaling memandangnya.
�Janganlah jalan cepat sangat. Penat saya nak ikut.�
�Hmmm��
Aduh, lelaki ni kenapa? Tak kan masih merajuk dengan aku pasal pagi tadi lagi kot?! Kalau merajuk lagi, teruklah aku macam ni! Eh kejap.. apa yang teruk? Best lah� dia tak ada nak kacau aku hari-hari dengan lamaran dia tu! Penat aku nak memikir�
�Natrah! Awak menungkan apa lagi? Cepatlah� nanti kata saya jalan laju lah� itulah..�
�Er..er.. kejap.�
Gelengan Idlan berserta muka cemberutnya itu sudah menghadirkan rasa kurang selesa Natrah. Perjalanan ke rumah keluarga Idlan bukan mengambil masa seminit dua. Tambahan pula lelaki itu kalau naik kereta dengannya bukan pandai nak pasang lagu mahupun radionya. Sunyi sepi!
***
�Rafiq tahu tak kenapa Along tu moody je? Nat takut tengok dia macam tu.�
Perlahan Natrah berbisik dengan Rafiq yang duduk di sebelahnya. Mereka baru habis sahaja makan malam. Tadi mereka sampai jam sudah menunjuk ke angka lima setengah petang. Sebaik menghantarnya Idlan keluar semula. Lelaki itu hanya kembali dua jam kemudian dan hilang ke dalam biliknya. Muka lelaki itu hanya kelihatan bila Rafiq memanggilnya untuk solat maghrib berjemaah. Sepanjang makan malam selepas solat itu pun Idlan hanya diam membisu. Lagaknya itu membuatkan Natrah bagaikan tidak punya selera untuk makan sehinggakan ditegur oleh Puan Rohaya dan Encik Ideris.
�Entah. Pagi tadi balik dah tayang muka Donald duck dia tu��
�Dia tak cerita apa-apa ke?�
�Along? Along nak cerita?! Jangan haraplah. Duduk dalam bilik sampai tak keluar-keluar. Macam anak dara. Keluar pun pergi ambil Nat tadi. Kami ni kalau dah tengok Along tayang muka macam tu tak berani nak tanya, nanti datang balik puting beliung� kilat petir dia tu! Dah tiga tahun tak buat perangai macam tu hari ni dah mula balik.�
Panjang lebar Rafiq bersuara, berbisik perlahan dekat dengan telinga Natrah. Takut juga dia kalau-kalau Idlan terdengar.
�Ker Along marah dengan Nat? Sebab pagi-pagi lagi dia dah keluar. Dengar dia cakap dengan ibu yang dia nak jumpa Nat.�
Natrah tidak jadi bersuara bila Puan Rohaya datang menghampiri dengan pinggan berisi buah-buahan. Senyum sahaja wanita itu.
�Borak apa? Macam best je bisik-bisik! Along mana?�
�Kat bilik dia lah kot. Merajuk dengan Nat.�
Selamba sahaja Rafiq memberitahu ibunya dan spontan pehanya ditepuk kuat oleh Natrah.
�Aik merajuk dengan Nat? Kenapa?�
�Mana ada, auntie. Nat pun tak tahu sebab apa.�
�Biarlah dia. Esok lusa okeylah tu. Ni auntie nak tanya Nat. Straight to the point lah ye?! Nat dah fikirkan tentang lamaran Along tu?�
Natrah telan air liur. Dia tidak ada jawapan untuk pertanyaan Puan Rohaya itu. Puas dia memikir tetapi dia masih tidak ketemui jawapannya. Menerima atau menolak sahaja lamaran lelaki itu. Kata Sarida, kalau dia menolak dia menolak tuah tetapi kata hatinya kalau dia menerima dia perlu menerima hakikat kehidupannya yang mungkin penuh dengan dugaan.
�Er� auntie bagi Nat sikit masa lagi ye?�
�Tak payah fikir. Kalau dah tak nak� cakap tak nak!�
Bukan setakat Natrah yang terkejut. Puan Rohaya dan Rafiq juga sama. Muka memerah Idlan menjadi perhatian tiga pasang mata.
�Along�� tegur Puan Rohaya perlahan.
�Along nak keluar�. Angah hantar dia balik!�
Tanpa menunggu Idlan terus melangkah keluar. Encik Ideris yang baru turun daripada biliknya terpinga-pinga dengan ketegaan yang baru berlaku. Sudah lama dia tidak mendengar Idlan marah begitu.
Puan Rohaya hanya angkat bahu sambil membuat mimik muka yang dia tidak tahu bila suaminya memberikan isyarat bertanya tentang apa yang berlaku. Natrah pula sudah menunduk, menahan air mata yang bila-bila masa akan mencurah keluar dari tubir matanya. Kata-kata Idlan tadi benar-benar menjentik emosi wanitanya! Begitu sekali kah rajuk dan marah Idlan terhadap dirinya?!
0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 24"
Post a Comment